CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, February 11, 2012

Today was a fairytale. *i wish*

Jam menunjukkan angka 10.50 pagi. Keadaan cahaya matahari yang semakin meninggi jelas terpancar didalam bilik itu Kelihatan sebatang tubuh yang dibaluti selimut tebal sedang tertangkup diatas katil yang bersaiz king. Terdapat sebuah komputer riba yang masih bernyawa disampingnya seolah-olah menjadi peneman dikala tirai dilabuhkan. 


''ahh, panasnya..'' (sambil membuka mata dan tangan meraba-raba sekitar katil)


hishh, mana pegi hp nih. aduyaiii... =='... laa kat bawah badan aku rupanya. Hahaha.


Sudah menjadi kebiasaan, benda pertama yang akan dilakukan selepas terjaga daripada tidur adalah mencari telefon bimbit kesayangannya. Hal ini kerana, dia khuatir akan bangkit lewat pagi dan mendatangkan seribu satu bebelan daripada Ibu dan Bapanya yang tercinta.


''HAAAAAAAAAA gilerr lamenye tdooo!!!'' (dengan cemas bangkit dan mengemas katilnya dengan segera)


''mak oiii lambat ea bangun, mentang-mentang mak takde, dasar pemalassss!!!'' (sindir adik lelakinya yang sedang menonton tv sejurus melihat dia keluar daripada bilik)


**yess! baru teringat mak abah xde**


''ehh kau plak!! bia ahh! ni pesal tak kemas umah lagi ni? aduyaiii. boleh plak kau tgk tv''
(sambil menjeling)


''Eh ail dah karuk sampah kat luar okeh!! dalam umah ni kau la plak kemas! senang je hidup kau''
(dak od menjawab dengan nada sinis)


**cisss!!..**


''eleh tu pun nak berkira, cuti sekolah bukan nak tolong, eh selalu tu aku yang kemaslahh!!''
(sambil bergerak ke dapur)




***************************************

.. ''od, sape yang beli nasi lemak ngan lontong nih?''..(sambil bukak bungkusan)

''abang ery lahh, sape lagii''(dak od menjawab)

''eh pit kau nak goreng telur eh?gorengkan ail skali'' 

..''kau nak separuh masak ke ape??'..' (dia bertanya kepada adiknya)

''masak-masaklahh, eh dah masak ke tu? nampak cam tak masak jerr''

..''dah laaa, dah lama dah nihh, cepat ahh bak piring''..


***********************************************

'' jap lagi ail nak kua dengan kawan ail, nak pegi beli buku jap''

..''yoyo oh je nak cari buku, dengan sape lah tu haihh. kau bawa keta ke?''..

''dengan kawan ail lah bbudak form 6, nek keta kawan ail jap lagi die datang amik''

..''eh pesal tak bawa keta sendiri? boleh aku ikut''...

''mak abah tak kasi lahh''

..''err ok''..==''

''pit, kau nak masak lauk ape rini?''

..''ntahlah, sambal sardin kott''...

''hmmm.. masak ah lauk telur masak kicap''

...''tengokah camne''...

**aik, telur masak kicap je??bia betul!!**


*********************************************

Suasana diseluruh isi rumah agak sunyi. Dia mula mencari bahan untuk memasak didapur. Pada mulanya menu yang ingin dimasak ialah sambal sardin, tetapi setelah dia mengetahui adiknya ingin benar menjamu telur masak kicap dia pun mula menghiris segala bahan seperti halia, bawang putih, bawang merah dan menumbuk lada hitam. 

**ok dah siap sume bahan, hmm..tinggal cili api jerr**

''eh mana plak cili api ni haaa.. takkan abes kottt adoiii'' (sambil memunggah peti sejuk)

**hairan, biasanya cili api banyak je dalam peti ais, tak kan mak lupa kot nak topup?kerr, aku yang banyak abeskan.. wuwuwuuwu**

''hai nampaknye gua kenalah pegi cari sekeliling umah nihh''(sambil menyarung selipar dibelakang umah)

**mananye pokok cili, haii malu ahh kampung takde pokok cili oiii, jangan ahh takde wehh**

''sedihh glerr dolll''(sambil pandang sekeliling umah)

****************************************

Dia memasuki rumah dengan perasaan hampa. Secara tidak sengaja matanya melirik kearah sebuah kerusi. Diatas kerusi itu terpadat satu bungkusan yang berisi kuewteow yang belum digoreng. Maka, dia membuat keputusan untuk menggoreng kuewteow tersebut lalu menyimpan kembali bahan-bahan yang telah disiapkan tadi kedalam peti sejuk. Setelah selesai menyiapkan makanan mereka pada hari ini, dia mula mengemas kembali dapur dan menyapu dibelakang rumah. Diangkatnya satu persatu bakul yang jatuh ke lantai tanpa berfikir apa-apa. Tiba-tiba...


''AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA'' 

(sambil berlari meninggalkan tempat kejadian tersebut)

''bodohnya katak! besar nak mamposss!! bodoh betul!!!'' 

(sambil mengurut dada)

******************************************
T___________________T

The End.


-H O M E  A L O N E-


Good Night,
Have a sweet dream,
Melati.










0 comments:

Post a Comment

Pages